Flash Vortex

Bahasa Malaysia Tahun 2

Nota 1

Bahasa Malaysia Tahun 2
Tatabahasa : Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Kata ganda terbahagi kepada empat bentuk, iaitu :


Kata Ganda Seluruh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Bersajak
Kata Ganda Berimbuhan
jalan-jalan
soalan-soalan
mana-mana
comel-comel
kasar-kasar
duduk-duduk
baring-baring
awal-awal
jarang-jarang
rama-rama
indah-indah
lama-lama
susah-susah
main-main
kira-kira
ikan-ikan
abang-abang
bagus-bagus
faedah-faedah
waktu-waktu

tetulang
sesendi
bebalang
gegelung
tetamu
bebawang
bebola
cecair
dedaun
dedawai
kekisi
lelaki
sesiku
tetupai
pepejal
jejamu
kekabu
lelayang
pepohon
bebuluh

anak-pinak
awan-gemawan
lauk-pauk
kuih-muih
semak-samun
sampah-sarap
gunung-ganang
sayur-mayur
rempah-ratus
kayu-kayan
bukit-bukau
tali-temali
gilang-gemilang
kusut-masai
segar-bugar
serba-serbih
porak-peranda
riuh-rendah
kacau-bilau
beli-belah

tercari-cari
berjam-jam
ketujuh-tujuh
melambai-lambai
tertanya-tanya
buah-buahan
gali-galian
ulam-ulaman
sayur-sayuran
biji-bijian
bercakar-cakaran
keanak-anakan
kebiru-biruan
sekecil-kecilnya
sebaik-baiknya
awan-kemawan
tikam-menikam
tilik-menilik
tulis-menulis
usik-mengusik


Contoh ayat :
1.   Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2.   Pahlawan itu handal-handal belaka.
3.   Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4.   Undang-undang perlu kita patuhi.
5.   Layang-layang itu terbang tinggi di langit.
6.   Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
7.   Peparu wanita itu berair.
8.   Bebuluh itu dibelah untuk dibuat lantai rumah.
9.   Ibu suka makan bebotok.
10. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
11. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
12. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat berkenaan.
13. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
14. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan itu.
15. Dalam keadaan kelam-kabut itu, ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
16. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
17. Pak Ali akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya secara besar-besaran.
18. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
19. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
20. "Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan," kata Aida kepada Ruby. 

______________________________________________________

Bahasa Malaysia Tahun 2
Tatabahasa : Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa.

Kata Hubung
Fungsi
Ayat Contoh
atau
menunjukkan pilihan
1. Kim belum pasti sama ada akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi.
2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini?” tanya Amin.
dan
menggabungkan dua unsur yang setara
1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh Zul.
2. Ali dan Kamal pergi memancing di tepi sungai itu.
kecuali
menunjukkan kekecualian
1. Semua murid membaca buku di perpustakaan kecuali Sham.
2. Salim bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.
lalu
menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
1. Milan masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam itu.
2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit kakinya.
sambil
menunjukkan perbuatan dilakukan pada serentak
1. Sally menyanyi sambil menari.
2. Kamal berlari sambil menjinjing beg plastik.
tetapi
menggabungkan ayat dengan ayat yang lain
1. Amil suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.
2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.
supaya
Menerangkan maksud / tujuan
1. Ibu menyuruh adik memberus gigi setiap hari supaya gigi bersih.
2. Lim belajar berusaha supaya dapat keputusan yang cemerlang.

______________________________________________________

Bahasa Malaysia Tahun 2
Tatabahasa : Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai sendi kepada frasa nama dengan perkataan-perkataan lain.

Kata Sendi
Fungsi
Ayat Contoh
di
1. tempat
1. Mereka mengadakan pementasan drama di dewan sekolah.
2. Duitnya disimpan di dalam tabung.
pada
1. masa
2. benda abstrak
3. orang
4. binatang
5. benda konkrit
1. Pada petang tadi, hujan turun dengan lebat sekali.
2. Pada pendapat saya, kata-katanya itu ada kebenarannya juga.
3. Telefon bimbit kamu ada pada Ali.
4. Pada kaki burung itu dipasangkan gelang besi.
5. Cat disapukan pada tiang kayu itu.
ke
1. tempat
2. masa
3. arah
4. benda konkrit
1. Adik pergi ke kedai untuk membeli gula dan tepung.
2. Mesyuarat persatuan itu ditunda ke bulan hadapan.
3. Pelari itu sedang menuju ke hujung padang.
4. Dia mencampak jam tangannya ke dinding.   
kepada
1. orang
2. benda abstrak
3. binatang

1. Ayah menerangkan kepada adik tentang penting menghormati orang ,ain.
2. Dia amat percaya kepada kata-kata gurunya.
3. Adik memberikan sekeping biskut kepada anak burung itu.
4. Salim menyerahkan kunci itu kepada abangnya.
dari
1. tempat
2. masa
3. arah
1. Samy dari warung Pak Mat.
2. Zalim bercadang untuk bercuti di Melaka dari bulan lepas.
3. Lori itu muncul dari selekoh tajam itu.
daripada
1. orang
2. benda abstrak
3. menunjukkan :  
   - asal kejadian
   - perbandingan
   - bahagian   
     sesuatu
   - pertentangan
1. Nathan memperoleh hadiah itu daripada tunangnya.
2. Banyak manfaat yang kami peroleh daripada kursus yang kami hadiri itu.
3. Kuih itu dibuat daripada tepung pulut.
4. Ahli-ahli  kelab itu bersetuju untuk menyertai lawatan ke Pulau Pangkor.
5. Lebih baik berusaha sendiri daripada meminta-minta.