Flash Vortex

Bahasa Malaysia Tahun 2

Sunday 11 December 2011

Ujian

UJIAN     
(     / 100%)

(A) Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. (     / 10%)

          Siew Hui dan keluarganya pergi ke Pulau Pinang untuk menziarahi bapa saudaranya, iaitu Pak Cik Sam. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya.
          Sepanjang perjalanan, Siew Hui dapat menyaksikan pemandangan yang indah. Mereka berasa kagum melihat keindahan alam.
          Mereka singgah di perhentian Tanjung Malim untuk berehat dan makan. Selepas berehat selama tiga puluh minit, mereka pun meneruskan perjalanan.
          Mereka tiba di rumah Pak Cik Sam pada pukul 5.00 petang. Pak Cik Sam menyambut Siew Hui sekeluarga dengan mesra. Mereka dihidangkan kuih-muih yang disediakan oleh ibu saudara Siew Hui, Mak Cik Sally.
          Selepas berehat selama satu jam, Pak Cik Sam membawa Siew Hui sekeluarga ke pantai untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. 


1. Siapakah nama bapa saudara Siew Hui?
    (a) Sally                                 (b) Sam
    (c) Siew                                 (d) Pak Cik

2. Apakah yang dilakukan oleh Siew Hui dan keluarganya dalam perjalanan ke Pulau Pinang?
    (a) Menyanyi-nyanyi               (b) Hanya mendiamkan diri
    (c) Tidur sepanjang jalan        (d) Menyaksikan keindahan alam

3. Di manakah mereka singgah untuk berehat dan makan?
    (a) Di tepi pantai                    (b) Di perhentian Tanjung Malim
    (c) Di kedai makan                 (d) Di rumah Pak Cik Sam
  
4. Apakah yang dihidangkan kepada Siew Hui sekeluarga?
    (a) Nasi lemak                       (b) Layanan mesra
    (c) Kuih-muih                        (d) Rendang

5. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke pantai?
    (a) 6.00 petang                     (b) 5.00 petang
    (c) 4.00 petang                     (d) 3.00 petang


(B) Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan di bawah. (     / 20%)

          Encik Sham ialah ayah Syafiq. Encik Sham bertugas sebagai seorang jurutera di Subang Jaya. Dia berasal dari Melaka. Setiap hari, Encik Sham pergi ke tempat kerja dengan menaiki kereta Proton Waja kepunyaannya. Pada waktu lapang, Encik Sham suka membaca buku dan memancing ikan.

Kata Nama Am
Kata Nama Khas

1. ____________________________

2. ____________________________

3. ____________________________

4. ____________________________

5. ____________________________


1. ____________________________

2. ____________________________

3. ____________________________

4. ____________________________

5. ____________________________



(C) Pilih jawapan yang paling tepat bagi mengisi tempat-tempat kosong di bawah. (     / 20%)

1. Berita tentang kejadian tsunami telah ________ perhatian orang ramai.
    (a) menarik               (b) memikat               (c) memukau    

2. Kita haruslah ________ langkah-langkah yang berkesan agar masalah pencemaran dapat dikurangkan.
    (a) meluahkan          (b) mengambil             (c) menunjukkan 

3. "Jangan memandu kereta dengan ________ ," pesan mak kepada abang.
    (a) kencang              (b) laju                        (c) lambat 

4. Lauk-pauk yang dimasak oleh tukang masak itu sangat ________ .
    (a) muram                (b) halus                     (c) sedap

5. " ________ kehidupan kamu di asrama?" tanya Peng kepada kawannya.
    (a) Berapakah          (b) Apakah                  (c) Bagaimanakah 

6. " ________ , sudah lima tahun kita tidak berjumpa!"sapa Yusof.
    (a) Cis                     (b) Hai                         (c) Amboi

7. Mereka seronok bermain ________ di padang.
    (a) lelayang              (b) lelabah                  (c) rerama 

8. Sathia ________ menjawab soalan yang ditanya oleh guru disiplin.
    (a) tergagap-gagap   (b) tergesa-gesa         (c) tertanya-tanya

9. Sejak Mohan berpindah ke bandar, dia ________ balik ke kampung.
    (a) angan-angan       (b) hampir-hampir       (c) jarang-jarang

10. Pada ________ petang, Ling berjoging di taman yang berhampiran dengan rumahnya.
   (a) sesetengah          (b) setiap                     (c) seluruh


(D) Salin ayat di bawah semula dengan meletakkan tanda baca yang sesuai. (     / 10%)

1. makanan kegemaran wai hong ialah nasi goreng ayam

_________________________________________________


2. eh itu bapa saya

_________________________________________________


3. mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam

_________________________________________________

 
4. kami sekeluarga akan bercuti ke pulau tioman

_________________________________________________


5. di manakah letaknya muzium negara


_________________________________________________


(E) Susun perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang lengkap. (     / 10%)

1. sedang * Emak * ketupat * merebus * di dapur


_________________________________________________
2. menjadi * Muthu * peguam * bercita-cita


_________________________________________________

3. menebang * sebilah * Datuk * kapak * rambutan * pokok * dengan


_________________________________________________


4. Yenny * buah * manggis * memasukkan * beg plastik * dalam * ke


_________________________________________________

5. David * kerana * tidak * demam * hadir * sekolah * ke


_________________________________________________


(F) Susun cerita di bawah mengikut urutan dan salin cerita tersebut pada ruangan yang disediakan. (     / 30%)

(      ) Tiba-tiba, Ah Chun terpijak ranting pokok rambutan yang reput lalu terjatuh.

(      ) Di belakang rumah Ah Chun terdapat sebatang pokok rambutan.

(      ) Kaki dan tangan Ah Chun patah. Dia dibawa oleh bapanya ke hospital.
(      ) Pokok rambutan itu berbuah dengan lebatnya.

(      ) Ah Chun memanjat pokok rambutan itu untuk mengambil buah rambutan.


_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________

_________________________________________________





Wednesday 7 December 2011

Negaraku

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 9 : Negaraku
Jalur Gemilang

          Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang. Ia mengandungi 14 jalur melintang yang berwarna merah dan putih, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan.
          Warna biru membawa maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Warna merah melambangkan keberanian. Warna putih pula bermakna bersih dan suci. Anak bulan merupakan tanda Agama Islam, agama rasmi bagi negara Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Jalur Gemilang

Permainan Rakyat

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 7 : Warisan Kita
Permainan Rakyat

          Permainan rakyat berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan rakyat pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Masih terdapat permainan ini yang dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan ini ialah congkak, wau, batu seremban, cari cucu, gasing dan lain-lain. 


Batu seremban
          Batu Seremban sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
          Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.




Gasing
          Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.


Wau
          Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada masa kini.



Congkak  
          Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".



Cari cucu
          Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Dalam permainan ini terdapat sebuah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.



Galah panjang
          Permainan galah panjang merupakan permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan yang terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.



Ting ting
          Permainan ting ting merupakan permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta tidak memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Ting ting dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berting ting.



          Kesimpulannya, kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan rakyat yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada di kalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, negara kita dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut. Mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehingga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang.



Makanan Tradisional

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 7 : Warisan Kita
Makanan Tradisional


        Makanan di Malaysia kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak-memasak atau penyajian makanan. Makanan tersebut melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

          Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. 

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Nasi lemak

           Nasi Lemak - siapa pula yang tidak tahu apa itu Nasi Lemak? Nasi Lemak adalah makana tradisional Melayu kerana ia dimakan sejak dulu lagi. Nasi Lemak boleh didapat dimana-mana sahaja di Malaysia dan Singapura.
          Nasi Lemak berasal daripada Malaysia. Ia selalunya dimakan pada waktu pagi untuk sarapan. Nasi Lemak selalunya dihidangkan dengan ikan bilis, telur rebus, sambal, timun dan kacang.



Satay
             Satay dihasilkan daripada tukang-masak jalanan yang berasal dari Java, Indonesia. Hingga sekarang, satay masih menjadi makanan kegemaran oleh warga Singapura, Indonesia dan juga Malaysia. 



Dodol
          Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.



Lempeng kelapa
              Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.



Otak-otak
           Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
           Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.


 
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kuih bulan
          Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.
          Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
          Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.



Guang Bing (kom pia)
           Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba.



Kuih bakul
           Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana "nian gao" juga membawa erti "makin tahun makin tinggi."



Jiaozi
          Jiaozi ialah salah satu jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina, khususnya orang Cina utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang Cina sudah mula memakan Jiaozi, ia merupakan makanan tradisional masyarakat Cina. Di negeri China, terdapat satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang Cina, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan majilis penting dan perkumpulan. Pada masa dahulu, semasa orang Cina berkumpul atau ada majilis penting, Jiaozi merupakan makanan utama. Khususnya semasa merayakan Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum Tahun Baru Imlek memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti Yuanbao (sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu), maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Pada masa dahulu, taraf kehidupan rakyat masih kurang tinggi, memakan Jiaozi amat membahagiakan. Sekarang seiring dengan peningkatan taraf kehidupan rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan yang biasa.



Zongzi
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu.
Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencoba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memangsa Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.
Pada awalnya, kegiatan membuat zongzi adalah kegiatan yang diikuti seluruh keluarga dengan resep yang diajarkan turun temurun. Bahkan seni membungkus zongzi dengan benar juga merupakan hal yang diajarkan turun temurun dalam keluarga. Sayangnya sekarang hal tersebut sudah semakin jarang dilakukan.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Putu mayam
          Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek.
Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.
          Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.
          Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.
         


Roti naan
     Roti Tempayan atau roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.
          Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.    



Roti canai
          Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
           Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti   adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar
Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
           Roti canai di
India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.




          Kesimpulannya, terdapat pelbagai makanan tradisional di Malaysia.Ini melambangkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik serta berpotensi menjadi sebuah Negara yang akan di pandang tinggi oleh negara maju yang lain.Kepelbagaian kaum yang mendiami Malaysia membuatkan negara ini mempunyai aneka makanan dan sudah pastinya akan menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini.Hal ini sekaligus akan meningkatkan ekonomi negara serta mampu menambahkan pendapatan penjual tempatan.Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum kita mestilah mengekalkan makanan tradisional kaum masing-masing agar makanan tradisional ini dapat di rasai dan di kenali oleh generasi yang akan datang.