Flash Vortex

Bahasa Malaysia Tahun 2

Monday 28 November 2011

Simpulan Bahasa

Bahasa Malaysia Tahun 2
Unit 1 : Keluargaku Syurgaku
Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

1. anak kandung    - anak sendiri
2. anak tunggal      - anak yang tidak mempunyai adik-beradik 
3. anak emas         - anak kesayangan
4. anak saudara     - anak kepada kakak, abang atau adik
5. anak angkat       - anak orang lain yang dijadikan anak sendiri
6. anak tiri           - anak kepada isteri atau suami yang terdahulu
7. anak yatim         - anak yang tidak mempunyai ibu bapa kerana ibu bapa
                                yang meninggal dunia
8. anak buah          - pekerja