Flash Vortex

Bahasa Malaysia Tahun 2

Tuesday 6 December 2011

Beriadah Untuk Kesihatan

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 4 : Badan Sihat, Minda Cerdas
Beriadah untuk Kesihatan 

Kesihatan yang baik penting dalam kehidupan. Jika kita sihat, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti. Kita akan berasa cergas dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

          Kita perlu bersenam dan beriadah untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Joging merupakan aktiviti yang digemari ramai. Berjoging menjadikan badan sihat dan otak cerdas. Selain bersenam dan beriadah, kita perlu makan makanan seimbang dan berkhasiat. Makanan tersebut memberikan tenaga dan mencegah penyakit.


          Bahkan pepatah, mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Oleh itu, kita mesti menjaga kesihatan diri. Kita perlu membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Kuku juga mesti dipotong pendek. Rambut pula perlu kemas dan bersih.

          Rumah kita mesti sentiasa bersih untuk mengelakkan lalat, nyamuk, lipas dan tikus daripada membiak. Haiwan dan serangga ini berbahaya kerana membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit.




Cara penyakit berjangkit : 
1. Melalui sentuhan
2. Melalui minuman
3. Melalui udara
4. Melalui serangga

 

No comments:

Post a Comment