Flash Vortex

Bahasa Malaysia Tahun 2

Wednesday, 7 December 2011

Mendaki Gunung

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 6 : Banyak Berjalan, Luas Pengalaman
Mendaki Gunung

          Mendaki gunung adalah kegiatan mengadakan perjalanan atau pengembaraan di alam bebas dengan maksud untuk mencapai ketinggian tertentu atau puncak dari sebuah gunung. Dengan kata lain, mendaki gunung dapat diertikan sebagai salah satu rekreasi yang memanfaatkan alam. Dengan melalui mendaki gunung, pendaki boleh mengisi waktu luang, kegiatan ini juga dapat menghilangkan ketegangan mental dan emosional para pendaki. Untuk mendaki gunung, terdapat perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas mendaki gunung supaya proses mendaki gunung dapat berjalan dengan lancar. Di samping itu, apabila mendaki gunung, pendaki juga perlu menyediakan alat-alat yang diperlukan supaya lebih selamat dan selesa. Contohnya :
Beg pakaian

Baju sejuk dan kasut trekking

Sleeping bag dan baju hujan

Khemah

Bekas makanan

Kompas

Botol air

Makanan dalam tin

Peti kecemasan

Pisau

Tali

Tikar

Tuesday, 6 December 2011

Beriadah Untuk Kesihatan

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 4 : Badan Sihat, Minda Cerdas
Beriadah untuk Kesihatan 

Kesihatan yang baik penting dalam kehidupan. Jika kita sihat, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti. Kita akan berasa cergas dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

          Kita perlu bersenam dan beriadah untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Joging merupakan aktiviti yang digemari ramai. Berjoging menjadikan badan sihat dan otak cerdas. Selain bersenam dan beriadah, kita perlu makan makanan seimbang dan berkhasiat. Makanan tersebut memberikan tenaga dan mencegah penyakit.


          Bahkan pepatah, mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Oleh itu, kita mesti menjaga kesihatan diri. Kita perlu membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Kuku juga mesti dipotong pendek. Rambut pula perlu kemas dan bersih.

          Rumah kita mesti sentiasa bersih untuk mengelakkan lalat, nyamuk, lipas dan tikus daripada membiak. Haiwan dan serangga ini berbahaya kerana membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit.




Cara penyakit berjangkit : 
1. Melalui sentuhan
2. Melalui minuman
3. Melalui udara
4. Melalui serangga

 

Jenis-jenis Pekerjaan

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 3 : Cita-cita
Jenis-jenis Pekerjaan


                            

Monday, 28 November 2011

Simpulan Bahasa

Bahasa Malaysia Tahun 2
Unit 1 : Keluargaku Syurgaku
Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

1. anak kandung    - anak sendiri
2. anak tunggal      - anak yang tidak mempunyai adik-beradik 
3. anak emas         - anak kesayangan
4. anak saudara     - anak kepada kakak, abang atau adik
5. anak angkat       - anak orang lain yang dijadikan anak sendiri
6. anak tiri           - anak kepada isteri atau suami yang terdahulu
7. anak yatim         - anak yang tidak mempunyai ibu bapa kerana ibu bapa
                                yang meninggal dunia
8. anak buah          - pekerja

Saturday, 8 October 2011

Makanan Seimbang

Bahasa Malaysia Tahun 2 
Unit 4 : Badan Sihat, Minda Cerdas
Makanan untuk Kesihatan - Makanan Seimbang



Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
  • Tenaga makanan yang mencukupi
  • Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
  • Kandungan fiber yang mencukupi
  • Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein ahla makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.